KOD : TBBK1225
BILANGAN M/S : 218
SAIZ : 21cm X 14.3cm X 1cm
ANGGARAN SAIZ : A5
MUKA BUKU : Soft cover
WARNA DALAM : Berwarna
NAMA PENULIS : DATUK DR HJ ZAHAZAN MOHAMED
SINOPSIS
Buku “Himpunan Kisah Benar tapi Pelik” ini disusun berdasarkan kitab-kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca. Perkara-perkara ‘benar tapi pelik’ yang didatangkan oleh para nabi dengan izin Allah SWT menjadi al-bayyinat dan al-ayat, iaitu tanda-tanda kebenaran dakwah yang diperjuangkan oleh mereka serta menjadi bukti-bukti kebesaran Allah. Firman Allah SWT dalam surah Ali‘Imran ayat 62:
Maksudnya: Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah) sesungguhnya Allah, Dialah jua yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
Perkataan “Qasas” yang membawa maksud kisah-kisah, banyak digunakan oleh Allah SWT dalam al-Quran sehinggakan teknik penceritaan dan pengisahan dijadikan panduan oleh para pendakwah yang ingin menyampaikan Islam mengikut pendekatan yang digunakan dalam al-Quran.