FAQ

Pertanyaan mengenai Telaga Biru Sdn. Bhd.

Q: Bagaimanakah cara untuk menghubungi wakil jualan Telaga Biru Sdn. Bhd.
A: Sila rujuk pada ruang wakil julan laman web Telaga Biru dan kenal pasti wakil jualan mengikut negeri anda. 
Q: Saya ingin membeli buku terbitan Telaga Biru. Dimanakah saya boleh cari kedai/ pengedar sah di kawasan tempat saya?
A: Produk terbitan Telaga Biru boleh didapati di mana-mana kedai buku berhampiran.
Q: Adakah Telaga Biru menerima pelajar praktikal?
A: Ya pihak kami mengalu-alukan pelajar untuk menjalani latihan industri di Telaga Biru Sdn. Bhd. Sebarang keterangan lanjut sila emel ke faridul@telagabiru.my
Q: Bagaimanakah cara untuk memohon pekerjaan di Telaga Biru Sdn. Bhd.
A: Anda boleh memohon di ruang pekerjaan website ini. Sebarang pembukaan jawatan akan di hebah di ruang tersebut. 
Q: Berapakah diskaun pembelian buku yang diberi kepada ahli VIP Telagabiru (membership)?
A: Diskaun sebanyak 15% dikenakan pada setiap pembelian buku oleh ahli VIP Telagabiru.
Q: Bagaimankah cara untuk memohon sumbangan atau tajaan dari Telaga Biru Sdn. Bhd.
A: Sebarang permohonan dan pertanyaan mengenai sumbangan dan tajaan, sila hubungi Encik Faruq faruq@telagabiru.net.my
Q: Bagaimanakah cara untuk menjadi ahli Telagabiru (membership)?
A: Pelanggan Boleh terus melawat ke pejabat Telaga Biru Sdn. Bhd. untuk pendaftaran. Caj RM 15.00 sahaja akan dikenakan untuk kehalian seumur hidup. Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana tapak jualan expo eksklusif dari Telaga Biru Sdn. Bhd.
Q: Saya bukan penjual buku. Bolehkah saya menjadi pengedar sah Telaga Biru Sdn. Bhd.
A: Ya boleh. 
Q: Bagaimanakah cara untuk mendapat maklumat-maklumat terkini mengenai Telaga Biru Sdn. Bhd. seperti buku keluaran terbaru Telaga Biru, promosi buku, promosi majalah, jadual atau lokasi acara dan pameran buku Telaga Biru.
A: Anda boleh layari homepage website Telaga Biru. Anda juga boleh daftar pada ruang newsletter di website Telaga Biru Sdn. Bhd. untuk mendapat maklumat terkini melalui emel.
Q: Adakah harga buku tertera di laman web ini termasuk kos penghantaran?
A: Harga buku tidak termasuk kos penghantaran.
Q: Bagaimanakah cara untuk membeli produk terbitan Telaga Biru secara online?
A: Sistem pembelian online Telaga Biru sedang dinaik taraf. Buat masa sekarang anda boleh whatsapp ke +601112919853.
Q: Saya penjual buku. Bolehkah saya menjadi pengedar sah Telaga Biru Sdn. Bhd.
A: Ya boleh.
Q: Apakah syarat-syarat untuk menjadi pengedar sah Telaga Biru Sdn. Bhd.
A: Syarat pertama mestilah warganegara Malaysia. Kedua (jika syarikat) syarikat yang disahkan oleh SSM. Ketiga bersetuju dan berjanji menandatangi surat perjanjian dengan peguam Telaga Biru Sdn. Bhd. mengenai semua prosedur urus niaga Telaga Biru. Anda di minta datang Ke Pejabat Telaga Biru Sdn. Bhd.
Q: Bagaimanakah cara untuk menjadi pengedar sah Telaga Biru Sd. Bhd.
A: Pertama isi borang pendaftaran pengedar Telaga Biru (boleh didapati di pejabat Telaga Biru). Kedua lampirkan salinan kad pengenalan diri. Ketiga lampirkan salinan-salinan surat pendaftaran perniagaan SSM (jika syarikat). Segala urusan pendaftaran hendaklah dibuat di Pejabat Telaga Biru Sdn Berhad. Sebarang pertanyaan sila hubungi wakil jualan mengikut negeri anda.
Q: Saya ingin menulis artikle untuk majalah Telagabiru dan apakah syarat-syaratnya?
A: Pihak Telaga Biru menerima sebarang artikle yang berunsurkan ilmiah. Penilaian pada artikle akan dibuat oleh editor Telaga Biru sebelum dapat diterbitkan pada mana-mana majalah terbitan Telaga Biru.
Q: Apakah jenis manuskrip yang Telaga Biru cari?
A: Pihak kami mencari manuskrip yang berunsurkan ilmiah.
Q: Bagaimanakah cara untuk menjadi seorang editor buku Telaga Biru Sdn. Bhd.
A: Sila hantar resume dan manuskrip anda ke nadirah@telagabiru.net.my.