A. Ubaidillah Alias

Latar Belakang

A. Ubaidillah Alias Berumur 30 tahun. Dilahirkan pada 10 Disember 1981 dan berasal dari Kg. Belukar, Cbg 3 Pendek, Kota Bharu, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Dewan Beta. Meneruskan pelajaran di peringkat SPM dan STAM di Maahad Tahfiz al-Quran, Pulai Chondong. Turut melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Qiraat di Darul Quran, JAKIM, Kuala Kubu Bharu. Beliau juga mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang Usuluddin (Hons), Syukbah Tafsir di Universiti al-Azhar, Kaherah. Berpengalaman dalam bidang penulisan selama 5 tahun. Dan kini beliau bekerja sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kelantan.