Abdul Hadi Haji Mohamad

Latar Belakang

ABDUL HADI HAJI MOHAMAD. Dilahirkan pada 25 November 1986, di Kampung Rantau Panjang Kepala Batas, Pulau Pinang. Lulusan Pengajian Bahasa Arab (Pendidikan) di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Beliau banyak menceburkan diri dalam dunia kepimpinan, motivasi dan terlibat secara langsung dengan program berbentuk sosial dan sebagainya. Pernah berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang di Bahagian Pendidikan (2008-2009). Kini, bertugas sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1435H peringkat UiTM Kedah pada tahun 2013. Beliau sangat aktif dengan program motivasi yang dijalankan untuk semua peringkat umur. Insyaallah beliau akan menjelajah ke seluruh negara dalam program #Jelajahcinta ‘Kuintai Cinta di Teratak Cita-Cita’. Beliau boleh dihubungi di www.facebook.com/penulisjalanan atau jelajahcinta16@gmail.com.