Ahmad Kamal Ariffin

Latar Belakang

Dilahirkan pada 5 Mei 1975 di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan. Memiliki Ijazah Pertama dari UPM dalam bidang pendidikan (Major Psikologi Kaunseling dan Minor Bahasa Melayu, Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya dan PhD dalam bidang Pengurusan Pendidikan (Penyeliaan Pengajaran dan Motivasi Kerja Guru) dari Universiti Malaya. Pernah berkhidmat sebagai kakitangan Samsung Industri Sdn. Bhd., Dana Vision Sdn. Bhd., guru di sekolah rendah, sekolah menengah dan pernah menjadi Ketua Unit Pengurusan Kaunseling Sekolah di Kementerian Pendidikan Malaysia. Merupakan perunding kaunseling, motivasi dan pengurusan organisasi bagi nama-nama besar, antaranya PPUM, UiTM, HUKM, Tabung Haji, Berita Harian dan POS Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui emel abbaakba@yahoo.com.