Ahmad Syukran Baharuddin

Latar Belakang

Dilahirkan di Hospital Mentakab, Temerloh pada tahun 1988. Mendapat pendidikan di SK Bukit Bota, Chenor sebelum ke SMK (A) Tengku Ampuan Hajjah Afzan, Pahang. Graduan lulusan Darul Quran, JAKIM dengan Diploma Tahfiz dan Dakwah ini menyambung peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Mu’tah, Jordan. Terkini, beliau terlibat dalam merangka draf penyelidikan penubuhan Institut Sains Forensik bagi kegunaan Mahkamah Syariah. Kini sedang dalam fasa akhir menyiapkan kajian PhD yang mengkhususkan bidang falsafah sains forensik dalam Islam.