Ahmad Zaidi Adam

Latar Belakang

Dilahirkan di Negeri Sembilan pada 30 Jun 1973. Beliau merupakan graduan dari Al- Balqa’ Applied University, Amman Jordan dalam jurusan Dakwah dan Usuluddin. Sekembalinya dari luar negara, beliau terus berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Agama Al-Mustaqim (2004 hingga 2006) dan menjawat jawatan sebagai Mudir pada tahun 2005 hingga 2006. Seterusnya, beliau aktif dalam mengenali masyarakat melalui aktiviti pengembaraan dan sehingga kini beliau telah melawat ke beberapa buah negara antaranya Thailand, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Oman, Qatar, UAE dan lain-lain. Beliau juga pernah menceburi bidang Tahfiz al-Quran di Jami’ah Darul Khair, Karachi, Pakistan dari tuhan 1990 hingga 1991.