Aidie Suradi

Latar Belakang

Dilahirkan pada 21 Mac 1982 di Kota Tinggi, Johor Darul Ta’zim. Mendapat pendidikan awal di SK
Bandar, Kota Tinggi selama 6 tahun. Kemudian, melanjutkan pelajaran di SMK Laksamana, Kota
Tinggi sehingga mendapat Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti
Teknologi Mara, Shah Alam dalam bidang pengurusan maklumat pada tahun 2000 dan seterusnya
menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Pada tahun 2010, beliau mengikuti Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di IPGM kampus Jitra, Kedah. Pada tahun 2015, beliau menerima
Master Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama) di Universiti Putra
Malaysia. Kini, beliau berkhidmat di SK Raja Muda, Sekolah Berprestasi Tinggi di Shah Alam dan
sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu di
Universiti Putra Malaysia.