Airol Irwan Limin

Latar Belakang

Dilahirkan pada 23 Mac 1983 di Hospital Besar Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang, Melaka. Beliau menyambung pembelajarannya di Sekolah Tinggi Melaka selama 2 tahun sebelum berhijrah ke SMK Sri Pantai, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Beliau memulakan pengajian tinggi dalam jurusan Pra Perdagangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka, Pahang sebelum melanjutkan pengajiannya di UiTM, Kampus Lendu Melaka dan Shah Alam dan memperoleh Diploma Pentadbiran Awam, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang- Undang (Hons) (BLS) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Hons) (LLB). Beliau berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perundingan dan sering menerima jemputan ceramah daripada pelbagai sektor kerajaan, swasta, stesen televisyen dan sebagainya.

Buku-buku Airol Irwan Limin