Amir Bahari

Latar Belakang

Amir Bahari ialah seorang penguam bela dan peguam carta serta peguam syarie. Beliau merupakan rakan kongsi di firma guaman Tetuan Bahari & Bahari yang mengkhusus dalam bidang wasiat, hibah, pentadbiran harta pusaka dan kes-kes syariah. Amir Bahari yang dilahirkan pada tanggal 7 Julai 1973, merupakan graduan lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1997 dan kini mernjadi tenaga pengajar dalam bidang perwasiatan dan faraid bagi program CFP, IFP yang dianjurkan oleh FPAM dan IFP. Beliau bukan sekadar peguam yang berkaliber malah turut berbakat dalam bidang penulisan. Hasil penulisan beliau dalam bentuk artikel pernah disiarkan dalam Mingguan Wanita, Millennia Muslim, Praxis dan Personal Money. Beliau juga tidak mensia-siakan bakat kepimpinan semula jadi yang dimilikinya dengan menjadi jurulatih PSMB dengan MIIM dan Master Class Trainer di bawah kelolaan Billy Kueek International (BKI). Kini beliau menyerlahkan lagi bakat penulisannya dengan menghasilkan buku soal Jawab Wasiat Islam di samping bergiat aktf sebagai penceramah professional.