Anuar Haniff

Latar Belakang

ANUAR HANIFF (NUAR KIDAL) ialah seorang penulis bebas yang memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (Ekonomi) dari McMaster University, Ontario, Kanada serta Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (HBA) – (Ekonomi), First Class Standing, di Lakehead University, Ontario, Kanada. Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang strategi korporat, pelaburan, kewangan dan pembangunan perniagaan. Selain itu, beliau juga pernah berkecimpung dalam bidang pengurusan pelaburan termasuk insurans dan takaful, penyelidikan dan pelaburan ekuiti, konsultan strategi, pembangunan industri bioteknologi, perkapalan dan sebagainya. Beberapa buku beliau yang pernah diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. antaranya ialah Jana Duit dengan Membayar Hutang dan Kayakan Diri Anda dengan Teknik FLIP.