Anwar Majdi Ashan

Latar Belakang

Anwar Majdi Ashan seorang anak kelahiran Sik, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Pertama School Tutong Brunei Darussalam dan bersekolah di sekolah rendah dan menengah di Al- ISLAH Sungai Petani Kedah. Mendapat diploma Syariah di Mujammak Syeikh Ahmad Kiftaro Damsyik, Syria pada tahun 2008. Beliau juga sempat melanjutkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Al-SHAM Higher Institute, Damsyik pada tahun 2008 – 2012. Dalam tempoh itu juga beliau pernah menjadi Timbalan Presiden Persatuan Malaysia Syria pada tahun 2011. Sepanjang beliau di syria, beliau tutur menghadiri pengajian talaqqi bersama Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi, Syiekh Prof.Dr, Wahbah Az-Zuhaili, Syeikh Dr. Musthafa Dib Al- Bugha dan Syeikh Naim Al-Arqususi. Pada tahun 2016, beliau mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dari kolej Universiti Isnaiah Kuala Ketil, Kedah. Kini beliau merupakan pendakwah bebas dan juga aktif menulis buku.