Azhar Mohamed

Latar Belakang

AZHAR MOHAMED diIahirkan pada 17 Mei 1973 di Kuala Lumpur. Pendidikan agama peringkat awal di pondok moden Darul Falah Melaka pada 1985, Maahad al-Ehya’ al- Shariff Gunung Semanggol Perak pada 1986-1989 dan 1991-1993, kemudian ke al-Azhar, Mesir pada 1993-1997. Memperolehi Ijazah Sarjana (MA) dari Universiti Malaya pada tahun 2003. Berminat dalam bidang perubatan Islam dan berguru dengan al-Fadhil Ustaz Dato’ Dr. Haron Din dan mendapat Ijazah Perubatan juga pada tahun 2003. Berkeahlian dalam merawat penyakit gangguan dan sihir serta minat membaca buku-buku berkaitan serta mencedok pengalaman daripada mereka yang berpengalaman dan ahli dalam bidang tersebut.