Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Latar Belakang

DATO’ DR. HJ. MOHD. FADZILAH KAMSAH dilahirkan di Sungai Pinang, Klang. Mendapat ijazah pertama di Universiti Malaya dalam bidang Agricultural Sciences. Beliau menyambung pengajian Sarjana dan Ph.D di Wisconsin, USA dalam bidang Organizational Communications. Bekas Timbalan Pengarah PPPL UPM ini merupakan Pengarah Urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan Ketua Pengarah ETC Communications Sdn. Bhd. Berpengalaman mengendalikan kursus dalam bidang motivasi, komunikasi, perhubungan awam, etika kerja, keibubapaan, keusahawanan, etika sosial dan banyak lagi. Sering muncul di kaca TV dan juga radio-radio tempatan.