Dato’ Hj. Muhammad Zakaria

Latar Belakang

Haji Muhammad Zakaria dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan, mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Rosny College, University of Tasmania, Hobart dan University of Newcastle, Australia. Pernah menjadi pensyarah dan CEO kolej. Kini perunding motivasi, kolumnis & Master Trainer. Beliau juga Pengerusi Yayasan Antarabangsa Anak Yatim Aceh, Yayasan Anak Mutiara Nusantara (YAMAN) & Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA) serta Naib Presiden Persatuan Usahawan, Pengurusan & Koperasi Islam Malaysia (URUSKOOP) di samping Penasihat Jabatan Penerbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Beliau sering mengetuai misi kemanusiaan di Aceh, Padang, Yokyakarta, Kemboja, Vietnam dan kaum peribumi. Beliau telah menulis 29 buah buku dan menerbitkan lebih 500 buah buku serta sering muncul di TV dan radio. Lawati: hajimuhammadzakaria.blogspot.com atau facebook: Haji Muhammad Zakaria.