Dato’ Hj. Zulkifli Abdul Malek

Latar Belakang

Beliau berasal dari Merlimau, Melaka dan di lahirkan di Singapura pada 11 Julai 1962. Beliau mendapat pendidikan menengah di SMJK La Salle, Petaling Jaya dan melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya menyambung pengajian Sarjana Muda Perdagangan, Universiti Hitotsubashi, Jepun yang merupakan kumpulan pertama pelajar di bawah Dasar Pandang ke Timur. Beliau sangat aktif dalam komuniti dan sehingga kini masih memegang Amanah JCKL Charitable Foundation, sebuah yayasan milik The Japan Club of Kuala Lumpur yang aktif menyumbang kepada institusi kebajikan di Malaysia. Merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola di Pusat Bahasa Teikyo dan menjawat beberapa posisi di anak syarikat Kumpulan Universiti Teikyo (Jepun). Beliau adalah rakyat Malaysia pertama yang dilantikm sebagai wakil bank Jepun di Malaysia – Yasuda Trust Banking Co.Ltd Pejabat Perwakilan di Kuala Lumpur. Atas jasa dan sumbangan beliau terhadap hubungan Malaysia -Jepun, Maharaja Jepun telah menganugerahkan “Order of the Rising Order, Gold Rays” pada tahun 2018.