Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood

Latar Belakang

DATO SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD. Beliau merupakan penerima Anugerah Tokoh Srikandi Negara bagi tahun 2014 ini berasal dari Pulau Pinang, mendapat pendidikan di Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Perunding motivasi dan penceramah agama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau pernah menerima Anugerah Outstanding Achievement daripada Telaga Biru Sdn Bhd.. Sering muncul di televisyen sebagai panel jemputan untuk TV1, TV3, TV9 dan lain-lain. Kini beliau merupakan Pengarah SNB Kasih Training & Consultancy serta Pengarah Eksekutif SNB Kasih Enterprise.