Dato’ Hj. Al Ustaz Dato’ Hj. Ismail Kamus

Latar Belakang

Dato’ Hj. Al-Ustaz Dato’ Hj. Ismail Kamus

Dilahirkan pada 2 Dis 1948 di Kg Batang Rening, Ulu Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Arab Batang Kali selama 6 tahun sebelum ke Maahad Hisyamuddin, Kelang di mana beliau berguru dengan seorang ulama tersohor, al-Sheikh Mahmood al-Arif al-Bukhori. Beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di mana beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada tahun 1976. Beliau pernah menjadi guru, pegawai penyelidik, pegawai dakwah selain bertugas 15 tahun di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), INTAN dan Pusat Islam. Jawatan akhir beliau ialah sebagai pakar rujuk di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan. Beliau juga bekas ADUN Gombak Setia. Kini perunding motivasi dan pendakwah bebas di seluruh dunia di samping menjadi ahli perniagaan dan pengamal perubatan Islam Darus Salam.