Dato' Dr. Hj. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman

Latar Belakang

Dato’ Dr. Hj. Abd. Basit Hj. Abd Rahman dilahirkan di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan. Sejarah pendidikannyabermula di Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian Kuala Krai, Kelantan. Kemudian beliau, memperoleh BA (Syariah) MA (syariah) dan PhD (syariah) dari Universiti Islam Madinah. Beliau merupakan pelajar Malaysia yang ke-3 berjaya memperoleh PhD dari Universiti Islam Madinah. Kini, beliau merupakan seorang pendakwah dan penceramah bebas, Musyif (Penyelia) Pondok Sungai Durian, pensyarah di Jabatan Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kota Baharu, Kelantan dan juga ahli panel Majlis Perundingan Islam (MPI) Malaysia (2016-2018)