Dr. Akli Ahmad

Latar Belakang

DR. AKLI AHMAD. Dilahirkan pada tahun 1974 dan berasal dari Pendang, Kedah. Berkelulusan BA (1997), MA (2006) dan PhD (2013) dalam bidang Syariah Islamiyah (Fekah Am), Universiti al-Azhar, Mesir. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) dan merupakan Timbalan Dekan Kuliyyah Syariah dan Undang-undang (HEA). Pernah berkhidmat sebagai guru MAIK (1997–2003), Dekan Kuliyyah al-Quran, INSANIAH (2007–2008) dan Pengarah Pusat Khidmat Komuniti, INSANIAH (2008–2009). Merupakan penceramah Siri Bimbingan Fardhu ‘Ain, (KedahFM), pengkuliah di jabatan kerajaan, masjid dan surau sekitar Kedah dan Selangor, pengkuliah tetap bulanan di Masjid Negeri Pulau Pinang dan Pengerusi Badan Kebajikan Kuarters Institusi Pendidikan SMK Seberang Perak, Kedah. Pernah menerima anugerah Tokoh Ilmuan Islam – Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (2011) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – KUIN (2015).

Buku-buku Dr. Akli Ahmad