Dr. Ammar Fadzil

Latar Belakang

Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Keb. Jalan Kuantan (1), Kuala Lumpur dan Sek. Ren. Keb. Iskandar, Alor Setar serta pendidikan menengah di Maktab Mahmud, Alor Setar. Kemudian, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Tafsir Kepujian Kelas Pertama dari Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar serta ijazah sarjana dan doktor falsafah dari Universiti di Scotland dalam pengajian Islam. Kini berkhidmat sebagai profesor madya di Jabatan Pengajian Quran dan Sunnah, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau telah menerbitkan beberapa makalah ilmiah dalam beberapa jurnal akademik antarabangsa, selain pembentangan kertas kerja di seminar antarabangsa.