Dr. Anisah Adbul Ghani

Latar Belakang

Dr. Anisah Ab. Ghani. Dilahirkan pada Februari 1951 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Mas dan Sekolah Menengah Arab di Pasir Mas serta Maahad Muhammadi Kota Bharu Kelantan. Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undangundang dari Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilai Puri Kelantan sebelum dianugerahkan Ijazah Sarjana Syariah dalam pengkhususan al-Fiqh wa usulihi oleh Universiti Al-Azhar. Ijazah PhD dalam pengkhususan Fiqh Al-Ibadat telah dianugerahkan oleh Universiti Malaya. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan Fiqh dan Usul selama dua penggal dan bertugas sebagai Penyelaras Program Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Profesor Madya di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam. Tabung Haji Malaysia telah memanfaatkan kepakarannya dengan melantik beliau sebagai salah seorang pakar rujuk berkaitan ibadah haji bagi membantu tugas-tugas institusi tersebut.