Dr. Azammudin Bin Omar

Latar Belakang

Merupakan anak kelahiran Kg Merapoh Kuala Lipis Pahang. Mendapat pendidikan awal di SK LKTP Jengka 14 seterusnya di SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (1990-1995). Selepas itu beliau menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti of Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusteraannya seterusnya menyambung pengajian di peringkat Diploma Pendidikan di UIAM dan sarjana dalam bidang sejarah dan tamadun Islam . Beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah di UM dalam bidang balaghah bahasa Arab pada tahun 2012. Beliau juga berpengalaman dalam pengajaran Bahasa Arab sejak tahun 2002. Kini beliau bertugas di SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang. Pernah mendapat anugerah Johan guru Inovatif peringkat kebangsaan kategori Individu sempena Sambutan Hari Guru Kebangsaan pada tahun 2006.