Dr. Farhan Hadi

Latar Belakang

DR. FARHAN HADI BIN MOHD TAIB, dilahirkan pada 5 Oktober 1983 di Kuala Krai. Beristerikan seorang novelis islami, Fatimah Syarha binti Mohd Noordin. Mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Kebangsaan Banggol Guchil dan seterusnya menyambung ke SMK. Sultan Yahya Petra 1, Kelantan dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Mendapat housemanship training di Hospital Selayang. Kini, bertugas sebagai Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bagan Terap, Sabak Bernam. Merupakan Ahli Pemeriksa Kesihatan Jemaah Haji bagi tahun 2009. Berkerja sambilan di Hospital PUSRAWI, Jabatan Kecemasan Hospital Selayang dan klinik-klinik swasta. Beliau juga merupakan kolumnis majalah Solusi.