Dr. Irfan Khairi

Latar Belakang

Nama sebenar beliau ialah Noor Irfan Khairi Noor Azmi. Dilahirkan pada 17 Disember 1976. Setelah tamat pendidikan IPT di UK, beliau berkhidmat dengan Netmedia (UK) Ltd. Birmingham sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet. Beliau memulakan perniagaan sambilan di Internet pada 1999. Selepas setahun beliau menumpukan bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beliau memperolehi untung bersih RM1 juta daripada modal awal RM 500 ketika berusia 25 tahun. Beliau menulis buku “Rahsia Internet.com: Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” dan “Secrets of Internet Millionaires Revealed” buku pertama Malaysia dilancarkan di Oxford, UK. Pada 2006 beliau menerima anugerah Young Innovation Award daripada Oxford Association of Management, UK.  Di samping menjadi kolumnis beberapa majalah tempatan, mengendalikan seminar dan ceramah beliau juga sering muncul di TV dan radio.