Dr. Junaidy Bin Mohamad Hashim

Latar Belakang

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1994 selepas memperoleh Sijil Perguruan di Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). Kemudian, memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Pendidikan Sains Sukan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Sukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2014.

Pada tahun 2007, beliau mula bertugas di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim sebagai pensyarah akademik. Kemudian, pada tahun 2014 beliau dilantik menjadi Ketua Jabatan, Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan (PIPK) sehingga kini. Beliau banyak menyumbang kepakaran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara terutamanya dalam bidang yang melibatkan Sains Sukan.