Dr. Mohd Daud Bakar

Latar Belakang

Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar
dilahirkan di Alor Setar, Kedah
pada tanggal 5 Mac 1964. Beliau
menerima pendidikan awal di
Sekolah Kebangsaan Sungai
Korok Baru. Beliau mendapat
ijazah pertamanya dalam bidang
syariah di University of Kuwait
pada 1988 dan seterusnya
memperoleh PhD dari University
of St. Andrews, United Kingdom
pada 1993. Beliau terus menggali
ilmu dan berjaya memperoleh
Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens
di Universiti Malaya pada 2002.
Beliau dikenali sebagai
salah seorang cendekiawan
syariah elit dunia oleh para
pengamal industri kewangan
Islam kerana kemampuannya
menawarkan penyelesaian
yang praktikal dan boleh
dilaksanakan. Tokoh Perdana
Anugerah Maulidur Rasul
(2014) ini telah menghasilkan
beberapa karya yang amat
dikenali antaranya Saya
Ada 25 Jam Sehari, Minda
Syariah Kewangan Islam dan
terbaharu Pulun.

Buku-buku Dr. Mohd Daud Bakar