Dr. Mohd Fhakhrurazi Abdul Halim

Latar Belakang

Beliau dilahirkan pada tahun 1967 di Taiping, Perak. Beliau berkelulusan STPM diikuti dengan diploma dalam bidang pendidikan dan bahasa Arab dari Maktab Penguruan Islam (MPI), Bangi, Selangor. Setelah itu, pada tahun 2001 beliau memperoleh ijazah pertama dalam bidang yang sama dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Seterusnya, pada tahun 2009 beliau memperoleh ijazah sarjana dalam bidang usuluddin (akidah dan falsafah, dakwah islamiah, pengajian al-Quran dan hadis) dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Kemudian, pada tahun 2014 beliau memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang yang sama juga dari USM. Beliau terpilih antara sepuluh penulis terbaik dalam Anugerah Tesis terbaik Yayasan Nurul Yaqeen peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) 2015. Hasil karya pertama beliau berjudul Sikap Pemimpin (al-Mala’) Terhadap Dakwah Para Rasul yang telah diterbitkan oleh Penerbit USM pada tahun 2012.