Dr. Mohd. Sukki Othman

Latar Belakang

Mohd Sukki Othman merupakan pensyarah kanan di UPM dan dikenali juga sebagai Ustaz Shauqi. Dilahirkan pada tahun 1974 di Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor,Seberang Perai, P. Pinang. Mendapat pendidikan di SMK Agama al-Irshad, Pokok Sena,Kepala Batas, Seberang Perai (1987–1991), memperoleh Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Syariah di Universiti Yarmouk, Jordan (1992–1996), mendapat Ijazah Sarjana Pengajian Islam dari UKM (2001) dan memperoleh PhD dalambidang I’jaz al-Quran dari Akademi Pengajian Islam, UM.Sering muncul dalam rancangan televisyen dan radio, terlibat dalam bidang penulisan, menjadi kolumnis majalah selain menghasilkan buku akademik danbuku rujukan sekolah. Boleh dihubungi melalui e-mel, shauqi02@yahoo.com