Dr Seri Mastura Mustaza

Latar Belakang

Seorang pensyarah di Pusat Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (University of Surrey, United Kingdom), Ijazah Sarjana dalam bidang Mekatronik dan Kejuruteraan Kawalan (Universiti Teknologi Malaysia) dan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Biomedikal (Vanderbilt University, USA). Bidang kepakaran beliau adalah dalam sistem robot autonomi dan sistem kawalan pintar.