Dr. Shukri Abdullah

Latar Belakang

Beliau berkelayakan B.Soc.Sc (USM), Cert. Project Planning (Bradford, UK), M.Phil (Sussex, UK), Ph.D (Essex, UK), Certified Practitioner NLP (Canada) dan NGH Certified Hypnotherapist (USA). Berpengalaman sebagai mantan Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, P. Pinang. Kini Pengarah Urusan, Amalan Belajar Sdn. Bhd. Beliau tampil di media dalam siri Bijak Belajar TV3, Laman Nurani TV3, Motivasi Pagi TV3, Inspirasi Pagi TV1, Motivasi Murid TV9 dan Tetamu Motivasi Pagi Radio RTM (Nasional, Kedah dan Pulau Pinang). Beliau juga berpengalaman mengendalikan seminar pembelajaran dan pengurusan sejak 1990 ke seluruh Malaysia termasuk Brunei Darussalam. Dalam bidang penulisan dan penerbitan, buku terbaru beliau ialah Sentuhan Ibu bapa (Edisi Pertama bernama Anakku Bijak Belajar) terbitan al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd, KL. Beliau juga banyak menulis buku ringkas strategi belajar dan poster motivasi terbitan Syarikat Nadi, KL. Beliau turut menghasilkan CD/ kaset “Inspirasi” dan kaset “ceramah motivasi” terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (2005) yang mengandungi lagu-lagu motivasi persembahan kumpulan nasyid Rast serta ceramah motivasi. TV3 juga telah mengeluarkan video “Bijak Belajar” di TV3 setiap pagi pada tahun 1993 – 1995.