Dr. Zahara Abdul Manaf

Latar Belakang

Beliau berasal dari Kelantan dan dilahirkan pada 24 Julai 1968. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Dietetik dari UKM pada tahun 1994. Dari universiti yang sama, beliau memperoleh Sarjana Dietetik (1999) dan kemudian, melanjutkan pengajian ke tahap PhD juga dalam bidang dietetik di University of Newcastle, Thyne, United Kingdom pada tahun 2006. Mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang penjagaan pemakanan untuk pencegahan penyakit dan individu yang berpenyakit bagi semua peringkat umur. Banyak melibatkan diri dalam penghasilan jurnal-jurnal kesihatan, pemakanan dan dietetik. Di samping itu, beliau ada menghasilkan beberapa buah buku dalam bidang berkaitan. Malah, beliau pernah dilantik sebagai konsultan oleh badan-badan kerajaan dan badan-badan berkanun. Kini, beliau masih berkhidmat di UKM sebagai pensyarah, pakar pemakanan dan dietetik, dan sebagai pengerusi di Ketua Pusat Penyelidikan Rehabilitasi Komuniti dan Penuaan UKM.