Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Latar Belakang

Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin dari Universiti Malaya dan seterusnya Sarjana (MA) dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh (pengkhususan dalam bidang Fiqh Mua‘malat dan Maqasid Syariah) dari Universiti Al-Yarmouk, Jordan dan PhD dari University of Wales, United Kingdom. Juga mempunyai ijazah ilmiyyah dari Sheikh Prof. Dr Yusuf al-Qardawi. Kini beliau bertugas sebagai Penolong Profesor di Universiti Islam Antarabangsa masa yang sama beliau berfungsi sebagai Ahli Majlis Pengurusan, Institut Perbankan & Kewangan Islam UIAM, Ahli Lembaga Pengarah Al Naqiy Islamic Solution Sdn. Bhd., Konsultan Shariah Siraj Capital Jeddah, Penasihat Shariah di ACR Re Takaful Bahrain, Associate Lecturer dan Certified Trainer di The Markfield Institute of Higher Education, Leceister, United Kingdom, Penasihat Shariah Yasmin Holdings Malaysia, Telaga Biru Sdn. Bhd. dan beberapa syarikat korporat lain di Malaysia. Beliau aktif menulis buku, sehingga kini beliau mempunyai 15 buah buku dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Beliau juga merupakan kolumnis Majalah Solusi, Majalah i, Majalah Fardhu ’Ain, Majalah al- Ustaz dan Majalah Iktisad. Selain itu, beliau juga kerap muncul di media seperti Slot Bicara Muamalat di Radio ikim.fm (setiap hari Rabu jam 5.15 hingga 6 petang), Slot Tanyalah Ustaz, Halaqah dan Muqaddimah di TV 9, Slot Al- Kuliyyah di TV3, Slot Assalamualaikum dan Bicara di TV Al- Hijrah, Selamat Pagi Malaysia di RTM, dokumentari di Al- Jazeerah International dan lain-lain. Beliau juga dinobatkan sebagai Pemenang Web Islam Islamik Individu Terbaik oleh Anugerah Media Islam Negara 2009 melalui laman web beliau www.zaharuddin.net yang mempunyai pengunjung setiap hari seramai berbeza (unique visitors) purata 5000 orang. Facebook fan beliau iaitu zaharuddin.net hingga kini disukai (like) oleh 330 000 orang.