Dr. Zul Aizam Bin Yassin

Latar Belakang

Beliau bertugas sebagai Pensyarah Akademik di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail sejak tahun 2015 sehingga kini. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai guru akademik di Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar (1) (1997–2001), Sekolah Kebangsaan Seberang Marang (2002–2005) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Marang (2005–2013).

Beliau memperoleh Sijil Perguruan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) pada tahun 1996. Pada tahun 2005, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sukan dan Rekreasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan (2009) dan Doktor Falsafah (2017) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pengurusan Sukan.