Farah Shahirah Ahmad Zaki

Latar Belakang

Dilahirkan pada 20 Disember 1995 di Papar, Sabah. Mula mendapat pendidikan awal di Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu dan seterusnya di Pasir Pekan, Kelantan. Kemudian, beliau menyambung pelajaran dalam bidang Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan kini sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi juga di universiti yang sama. Beliau lebih dikenali di media sosial khasnya Telegram dan Instagram kerana sering berkongsi kata-kata penuh inspirasi dan motivasi dengan pembacanya. Anda boleh mengikuti perkembangannya melalui Instagram @ farahshahirahahmadzaki atau Channel Telegram: https//telegram.me/The Journey_Awwab95