Faridah Mohd Tap

Latar Belakang

Dilahirkan pada 19 Jun 1986 di Segamat Johor. Anak kepada peneroka FELDA Ulu Belitong, Kluang, Johor iaitu Mohd Tap bin Haron (Allahyarham) dan Rahimah binti Hashim ini telah mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Arab Bandar Tenggara, Kulai Johor. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Sains Politik dan Komunikasi (minor). Beliau juga aktif dalam program-program seminar dan pembentangan kertas kerja anjuran pelajar, universiti, NGO termasuklah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Kini, beliau merupakan Pensyarah di Jabatan Pengajian Umum Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Kolej UNITI, Port Dickson Negeri Sembilan.