Fatimah Syarha Mohd Noordin

Latar Belakang

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Kuala Terengganu, kini menetap di Ajil, Kuala Berang, Terengganu. Merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Kemudian mengambil Ijazah Bacaan Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di  Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kini, menyambung pengajian peringkat Sarjana di UIAM. Berpengalaman menjadi Peer Tutor di UIAM, Naqibah Study Circle UIAM, Fasilitator Pro-CAST Consultancy Sdn. Bhd, Ketua Pengarah Kumpulan Panel Editor UIAM, Ustazah di Sekolah Rendah Ibn Kathir, Gombak dan sebagainya. Mula berkarya dengan Telaga Biru Sdn. Bhd. pada Disember 2005.