Haji Muhidir Haji Tamjis

Latar Belakang

 

Haji Muhidir Haji Tamjis lahir di Kg. Parit Kadir, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Pendidikan awal di SMA Kerajaan Johor, Kluang. Melanjutkan pelajaran ke Maahad Johor dan Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam bidang Syariah Islamiah dan Diploma Pendidikan di Institut Perguruan Islam, Bangi. Kini menjadi guru kemahiran al-Quran dan Bahasa Arab di SMK Pekan Baru, Muar. Menerima penghargaan Guru Inovatif Negeri Johor 2008 dan Anugerah Khas Kualiti JPN Johor 2009.