Hani Sharliza Bt. Mohd. Isa

Latar Belakang

Hani Sharliza bt. Mohd Isa pernah menerima pendidikan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu pada tahun 1994, seterusnya melanjutkan pelajaran di Matrikulasi TESL, Universiti Putra Malaysia pada 1991 dan berkelulusan Bacelor Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua dengan kepujian dari Universiti Putra Malaysia (1998) serta mempunyai Sijil Khas Perguruan Pengajaran Bahasa Jepun sebagai Bahasa Asing di Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA) pada 2007. Beliau pernah menjadi guru bahasa Inggeris di Kolej Teknologi Pulau, Bayan Lepas, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Kolej Matrikulasi Perak. Seterusnya, beliau menjadi guru bahasa Jepun di Sekolah Menengah Sains Dungun sehingga tahun 2009. Kini beliau merupakan guru kanan bahasa dan mengajar bahasa Jepun dan bahasa Inggeris di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Sabak Bernam.