Hj Mohamad B. Lamin

Latar Belakang

Hj. Mohamad bin Lamin dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 22 Januari 1947. Beliau mendapat pendidikan awal bermula pada tahun 1954 kemudian melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di Batu Pahat Johor hingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1965. Seterusnya, pada 1989 beliau telah lulus Sijil Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Penulis ini mula menceburi kerjaya sebagai pendidik pada tahun 1969 di beberapa sekolah menengah di Negeri Sembilan dan Melaka kemudian berkhidmat di Maktab Perguruan Islam pada tahun 1986, selaku Pegawai Grafik dan Pensyarah. Sebaik sahaja bersara pada 2003, beliau bertugas di Prestariang Teknologi, Cyberjaya dan mengendalikan kursus bimbingan kepada guru-guru di peringkat nasional.