Hj Mohamed Kassim Hj. Abdul Latif

Latar Belakang

Mendapat pendidikan awal di SRK Temenggung Abdul Rahman, Segamat dan kemudian Di SK Tinggi Segamat. Pengalaman menjadi pendidik bermula di SM Munsyi Ibrahim, Labis Segamat (1975) dan SM Datuk Bentara Dalam, Segamat (1976-1978). Pernah berkhidmat di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi Kuala Lumpur. Beliau juga pernah melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama di UPM pada tahun 1988 hingga 1992. Beliau juga pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2007 – 2014. Kini beliau sudah bersara.