Ibn Al Mulaqqin

Latar Belakang

Umar bin Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah al-Ansari al-Syafi‘i. Gelaran beliau ialah Sirajuddin, Abu Hafs, Ibn al-Nahwi dan Ibn al-Mulaqqin. Beliau dilahirkan di Kaherah pada hari Khamis, 22 Rabiulawal 723H. Apabila usia beliau enam tahun, ayah beliau meninggal dunia. Sebelum wafat, beliau berwasiat kepada Isa al-Maghribi, seorang guru (Mulaqqin) al-Quran di Masjid Ibn Tulun agar menjaga anaknya. Orang ini kemudian menikahi ibu beliau, justeru beliau dikenali sebagai Ibn al-Mulaqqin.

Buku-buku Ibn Al-Mulaqqin