Imam Al Ghazali

Latar Belakang

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammmad bin Muhammad bin Ahmad al-Thusi dengan nama panggilan (Kunyah) Abu Hamid. Nama masyhur beliau ialah al-Ghazali. Beliau dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di Thus, sebuah bandar di Khurasan yang terletak di Iran pada hari ini. Perjalanan keilmuan beliau sebelum meninggal dunia, bapa beliau telah mengamanahkan seorang rakan yang sufi untuk mengajar al-Ghazali menulis dan membaca menggunakan segala harta peninggalannya. Justeru, al-Ghazali belajar menulis dan membaca di tangan rakan bapa beliau itu. Beliau telah meninggalkan ratusan karya dalam pelbagai bidang yang sebahagian besarnya masih boleh ditemui. Diantaranya ialah bidang Tasawuf, Akidah, Fiqh dan Ushul dan Falsafah dan Mantik. Sumbangan Imam al-Ghazli setelah kewafatan Imam al-Haramayn al-Juwaini, Imam alGhazali telah dilantik oleh pemerintah ketika itu untuk mengajar di Madrasah Nizamiyyah Baghdad. Beliau mengajar di sana di antara tahun 484H hingga 488H sebelum menguzlahkan diri. Akhirnya pada hari Isnin, 14 Jamadilakhir 505H bersamaan dengan 19 Disember 1111, Imam al-Ghazali menghembuskan nafasnya yang terakhir di Thus.