Imam Al Suyuthi

Latar Belakang

Al-Suyuthi ialah nisbah kepada sebuah tempat yang bernama Asyouth di Mesir. Beliau mendapat gelaran Jalaluddin oleh bapanya sendiri dan lebih dikenali sebagai Jalaluddin al-Suyuthi. Dilahirkan pada tahun 849 Hijrah pada bulan Rejab di Kaherah, Mesir serta membesar di situ. Beliau wafat padatahun 911 Hijrah pada umur 62 tahun. Imam al-Suyuthi r.a menguasai pelbagai bidang ilmu seperti tafsir, hadis, fiqh, nahu, usul fiqh dan lain-lain lagi. Beliau sendiri pernah berkata tentang dirinya, “Aku telah direzekikan - kepada Allah swt segala pujian – penguasaan dalam tujuh bidang ilmu: Tafsir, hadis, fiqh, nahu, maaniy, bayan dan badi’.” Antara kelebihan Imam al-Suyuthi ialah kepantasan beliaudalam mengarang buku, sebagaimana yang diceritakan oleh muridnya, Imam al-Dawudi, “Saya telah melihat guruku menulis dalam satu hari sebanyak tiga kurrasah dalam bentuk karangan dan suntingan.” Imam al-Suyuthi menuntut ilmu dengan ramai guru dari merata tempat seperti Mesir, serata Hijaz ( Kawasan Pantai Barat Arab Saudi sekarang) dan Halab, Syria. Imam al-Suyuthi mencatatkan riwayat hidup guru-gurunya dalam sebuah kitabnya al-Munjam fi al-Mu’jam. Beliau juga memasukkan 159 nama gurunya dalam kitab tersebut.

Buku-buku IMAM AL- SUYUTHI