Imam Al Zahabi

Latar Belakang

Nama sebenar Imam al-Zahabi ialah Imam al-Hafiz Syamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Utsman bin Qaimaz bin Abdullah al-Turkumani al-Fariqi al-Syafi‘i al-Dimasyqi, dan masyhur dengan gelaran al-Zahabi. Beliau dilahirkan pada bulan Rabiulakhir, tahun 673H di sebuah penempatan bernama Kafr Batna yang terletak di Damsyiq. Nasab keturunannya berasal dari negara Turkmenistan. Beliau terkenal sebagai seorang yang berakhlak mulia, tawaduk, banyak beribadah, dan selalu berqiamulail. Imam al-Zahabi memainkan peranan yang sangat penting dalam menyebarkan ilmu kepada manusia pada zamannya, terutamanya di Damsyik apabila turut mengemudi pusat pembelajaran hadis seperti Darul Hadis al-Zohiriyyah, Darul Hadis al-Fadhiliyyah dan sebagainya. Selain itu, beliau turut menyibukkan diri dalam penulisan sehingga karyanya mencecah 215 karya yang merangkumi pelbagai ilmu antaranya, qiraat, hadis, mustalah hadis, sejarah, akidah, usul fiqah, dan nasihat.

Buku-buku Imam al-Zahabi