Imam An Nawawi

Latar Belakang

Nama beliau ialah Yahya bin Sharafuddin bin Muriyy bin Hassan bin Hussain bin Muhammad bin Jum’ah bin Hizam al-Nawawi. Beliau dilahirkan pada pertengahan bulan Muharram tahun 631 Hijrah di Nawa(نَوَى) yang terletak dalam perkampungan Hauran, Damsyik. Beliau telah menghafaz al-quran ketika masih kecil dan menghabiskan 12 subjek ang dipelajari dihadapan para guru setiap hari. Sifat beliau sebagai seorang ulama yang zuhud, warak, sabar, selalu mendekatkan diri kepada Allah dan tegas melakukan amar makruf nahi mungkar. Sekembalinya ke kampung halaman, beliau telah wafat di sisi bapanya pada 24 Rejab tahun 676 di usia 45 tahun dan di kebumikan di Nawa.