Imam Ibn Roslan

Latar Belakang

Beliau ialah seorang imam yang sangat alim. Beliau dilahirkan di Ramlah, Palestin pada tahun 773 Hijrah. Ada pandangan yang mengatakan pada 775 Hijrah dan membesar di sana. Beliau menghafaz al-Quran semasa berusia 10 tahun dan berguru dengan guru-guru yang tertentu. Permulaan pendidikan beliau banyak mempelajari nahu bahasa Arab, ilmu bahasa dan syawahid bahasa Arab nazam syair. Beliau seorang yang sangat tidak suka menonjolkan diri dan berpaling daripada populariti, zuhud, warak, mengikut sunah dan akidah yang benar sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Sakhawiyy. Beliau pernah bertugas sebagai guru di Madrasah al-Khasikiyyah kemudian mengajar secara umum dan mandiri.