Ismail Haji Hassan

Latar Belakang

Beliau dilahirkan pada tahun 1941 di Padang Hang, Alor Star, Kedah. Mendapat pendidikan di Pondok Hj Abdullah bin Yusuf (Madrasah Makrim al-Akhlak), Langgar, Alor Star, dan Maktab Mahmud, Alor Star sebelum melanjutkan pengajian di Fakulti al-Lughah al-‘Arabiyah, Universiti Al-Azhar, Mesir (Sarjana Muda  Kepujian) dan Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Beliau melanjutkan pengajian dalam peringkat sarjana di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai pendidik dan Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Kedah, Jabatan Pendidikan Kedah. Kini, beliau menumpukan sepenuh masa dalam bidang penulisan.