Isya Azwa Idris

Latar Belakang

Nama sebenar beliau ialah Iza Azwa Mohamed Idris. Beliau dilahirkan pada 30 Oktober 1977 di Felda Bukit Mendi, Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Keb. Felda Bukit Mendi dan pendidikan menengah di Sek. Men. Keb. Felda Bukit Mendi. Beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Binary, Kuala Lumpur dan kini bekerja di salah sebuah sektor swasta. Timbulnya minat menulis novel ini apabila melihat kakaknya yang turut menulis novel. Idea novel Sesuci Murni ini ketika beliau berusia 13 tahun lagi. Ikuti kisah dalam novel Sesuci Murni hasil tulisan penulis baru ini.