Junaidy Mohd Hashim

Latar Belakang

Anak sulung daripada empat adik beradik ini merupakan anak kelahiran Kedah. Dibesarkan serta mendapat pendidikan awal di Felda Lubok Merbau, Pendang, Kedah. Memulakan kerjaya sebagai guru tahun 1994 selepas memperoleh Sijil Perguruan dari Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). Menyambung pengajian dan memperoleh Ijazah Pertama dan Sarjana dalam bidang Pendidikan Sains Sukan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Sukan (Kaedah Kurikulum Pendidikan Jasmani & Sains Sukan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2014. Kini beliau bertugas di Institusi Pendidikan Guru Kampus Aultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.